Archive for April, 2008

h1

Melayu Kini Bodoh!

April 27, 2008

Kenapa Melayu ni bodoh? Bodoh sombong, bodoh pandai, bodoh berlagak, bodoh tak bertempat, bodoh kaya dan banyak lagi sebenarnya kebodohan orang Melayu.Apa yang penulis nampak, Melayu jadi bodoh kerana duit dan kuasa.Bodoh jual maruah diri pun ada. Macam Sufiah..walau dia bijak dalam akademik tapi part lain dia jadi bodoh..sanggup lacurkan diri.Tapi dia bukan orang Melayu original.

Kita lihat saja, bila Melayu tak puashati, jadi bodoh sebab hentam sana sini, tanpa fikir jangka panjang. Kalau dah buat silap mengaku saja, nak pertahankan benang yang basah dahh tiada gunanya. Kalau Melayu kata bersatu kerana agama, masih lagi nampak kebodohan sebenarnya. Mengapa? Kerana mereka pasti dengan bangganya namun bodoh menyatakan, Melayu pasti masuk syurga. Syurga itu yang ditentukan oleh Allah..bukan manusia. Akhirat nanti takkan geng Melayu itu saja. Betapa bodohnya Melayu, tidak memikirkan agama secara amnya dianuti oleh semua kaum dipermukaan bumi ni.

Bodohnya Melayu kini, selalu jadi Ali Baba dalam menyertai tender, kenapa tak reti nak belajar dari orang lain. Pemalas juga orang melayu nih.Tak tahu nak majukan diri, sedar-sedar dapat komisen yang kadang-kadang setakat celah gigi saja.

Bodohnya Melayu kini, sibuk bagi tender pada orang, nak penuhkan poket sendiri, tapi tidak fikirkan kesusahan orang lain. Orang Cina pun sanggup diberi peluang kerana bagi komisen tinggi, sedangkan orang Melayu yang buat sendiri kerja, bila tak diberi komisen kepadanya, langsung tidak dibantu. Apalah sikap orang melayu nih, macam alim dan baik tapi hati kotor. bagi projek direct nego, jika orang dia bagi untung lebih, kalau orang lain cukup-cukup makan saja. Duit kerajaan juga yang orang Melayu ni ambil.

Malaysia ni ramai lagi yang miskin, sekarang beras dah mahal, makan perlu dicatu pula. Bijaknya menyuruh kita menjaga pola pemakanan. Kalau orang Melayu nih boleh jadi Mat Salleh makan salad, buah dan roti tak apalah. Tapi kita makan nasi.Dahler zaman Jepun makan ubi rebus cecah kelapa parut dengan air kopi . Teringat ibu penulis menceritakan kepayahan hidup zaman jepun, sekarang dah ada beras dah senang. Tapi bodohnya Melayu kini, sumber dalam negara sendiri tak cukup. Sepatutnya pemimpin yang kononya bijak perlu utamakan basic needs untuk rakyat dalam jangka masa panjang.

Bodohnya Melayu kini, sibuk berkempen, artis pun berkempen..ntah-ntah artis tu pun tak mengundi kerana lupa nak daftar atau tiada masa, asyik penuhkan poket saja buat konsert sana sini. Macam ni ke Melayu yang betul-betul sayangkan negara. Undi tu penting untuk kesejahteraan negara.Kalau nak tahu, kaum Cina dalam Malaysia, bila anak mereka dah melepasi 18 tahun disuruh daftar untuk mengundi. Orang Melayu nih sibuk merempit, hisap dadah, jadi bohsia, masuk Akademi Fantasi, berangan nak jadi artis dan kaya cepat, PHD yang menebal dalam diri, fikir nak jatuhkan orang saja, cari kesalahan orang dan fikir dia saja bagus.

Cuba kita lihat company multinasional yang rata-rata jawatan tertinggi bukan kaum Melayu. Bodohnya Melayu, kalau bagi kuota Melayu diambil oleh kaum lain. Cuba lihat betapa ramai pelajar Melayu yang tiada pekerjaan, interview punyalah payah dapat, kalau dapat pun gaji tak seberapa, tapi kaum lain..jurang banyak sangat.Contoh orang Melayu gaji RM1500.00 tapi kaum Cina RM2500.00. Bukan mereka memilih, tetapi sikap perkauman dalam syarikat yang berkaitan, beri keutamaan jawatan tertinggi kepada kaum mereka. Mengapa orang Melayu taknak fikirkan, peratusan jawatan tertinggi dalam syarikat seperti ini perlu diberi keutamaan kepada kaum Melayu.Perlu kuatkuasakan jawatan tertinggi wajib diberi kepada Melayu, bukan dilayukan dengan kerja seperti cleaner, operator,tukang bancuh kopi. Pemimpin perlu fikirkan bagaimana nak pertahankan hak Melayu.

Isu disini bukan kerana Melayu dalam UMNO yang tak menentu, tetapi secara amnya, itulah sikap Melayu Kini Bodoh. Bodohnya Melayu kini, cakap bukan main lantang di belakang, tapi pengecut. Jadi macam tikus, tikus baiki labu ada juga. Melayu kini memang dah kering idea, selalu bankrap sebab banyak hutang.Anak Melayu pun Bodoh kerana nak berbelanja besar melebihi dari kemampuan, guna kredit kad sana sini, kenalah ada pengawalan dari segi kaedah kelulusan bank tersebut. HSBC,UOB,OCBC dan CITIBANK serta seangkatan dengannya sangat aktif dan sasaran mereka anak Melayu guna kredit kad. Kenapa Melayu ni tak pandai-pandai nak belajar urus kewangan dan organisasi dengan baik. Sebab sombong dan fikir diri dah pandai.

Ada juga orang Melayu yang memang pecah belahkan orang Melayu sendiri, cuba lihat Anwar yang sebenarnya menzalimi orang Melayu sendiri.Baling batu kemudian menyorok. Tapi Melayu yang jadi bodoh, tak melihat beberapa aspek dan jangka panjang. Melayu PAS pula macamana? Menggunakan isu Islam sahaja. kes Melayu PAS merogol pun ada juga. Begini ke perjuangkan Melayu Islam. Orang Cina sekarang tengah gelak sakan, Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR haru biru.Jangan nak berlagak Melayu parti ni tiada masalah untuk bersatu, tapi jika fikir tanggungjawab ada banyak kategori Melayu dan tidak mahu bersatu. Konon nak masuk syurga sendiri-sendiri saja. Bodoh dan kedekut namanya Melayu. Cuba lihat Cina Gerakan pun boleh berpindah ke DAP di Penang. Melayu ni tak faham-faham juga. Bila orang Cina dah bersatu, Melayu baru nak melatah.

 Wahai anak muda, jangan sibuk nak glamour saja, AF, One In Million, apa saja rancangan realiti yang ada, tapi tiada suntikan semangat nak perjuangkan hak Melayu. Mungkin ada, tapi tak tunjuk kononnya.Ini sebenarnya kerana mereka BODOH. Fikirkanlah, ramai Melayu jadi Bodoh, diBODOHKAN dan Bodohkan diri.Harapan penulis, siapa makan cili terasa pedasnya, tapi itulah hakikatnya BODOHNYA MELAYU KINI.

 

 

 

 

h1

Terbelakah nasib Melayu dibumi Malaysia?

April 24, 2008

Terdetik dihati memikirkan artikel di laman rakan kita di http://pembelamelayu.com/ mengenai nasib orang Melayu.Mungkin anda pernah terbaca artikel bertajuk BERSATULAH KAUM CINA.

Nasib dan keistimewaan orang Melayu semakin menipis.Penulis bukan nak menyatakan kaum Cina itu tidak benar dan betul.Sedangkan Nabi Muhammad pun menyuruh kita hormat terhadap orang bukan Islam dan menjaga hak mereka.

Sebenarnya sikap Melayu yang semakin LAYU dan tidak sedar dari terlelap dan tertidur.Baru-baru ini isu BABI atau KHINZIR hangat diperkatakan.Haiwan ini sememangnya najis bagi orang Muslim, namun dengan teknologi canggih manggih dari Jerman, mungkin dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran air dan bau. Kalau nak tau kena cuba dulu.

‘Sejak kebelakangan ini, banyak harga barang naik secara mendadak. Kadang-kadang alasan yang diberikan oleh pihak pengeluar, peladang dan peternak seolah-olah tidak masuk akal langsung. Harga daging yang murah hanya daging lembu berkaki pendek yang perternakannya melebihi keperluan domestik.’

Pada hemah penulis, lebih baik bela lembu,kambing atau ayam. Haiwan ni pun bau busuk, tapi semua orang boleh makan dagingnya. Penduduk yang rata-rata kaum Melayu, perlukan KUALITI HIDUP yang sihat. Bukankah semua kaum boleh menikmatinya hidup aman sejahtera di bumi Malaysia ni. Sedarlah, Orang Melayu semakin terperangkap dengan jerat yang dicipta oleh sesetengah pihak. Fikir sendiri.Jangankan tanah rezab Melayu dijual, maruah anak bangsa sendiri pun tergadai.tak kira di mana negeri pun, tapi jika mudah sangat jual harta, lama-lama tergadai satu Malaya.

Nasib anak Melayu untuk mencari pekerjaan.Punyalah payah. Sektor swasta sekarang utamakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina suatu kelebihan. Macamana anak-anak Melayu nak bekerja jika bos-bos dan taiko-taiko lebih suka meletakkan satu benchmark..iaitu mampu berdialek bahasa CINA. Kalau nak dapat kerja di kerajaan pun susah, banyak sangat cerita, kena melalui SPA dan JPA baru boleh layak.Itu pun belum pasti kerana perlukan KRONI.

Pentadbiran Malaysia sekarang ini agak pening.Peralihan kuasa dan banyak kerja perlu diselesaikan. Yang paling utama kita nak lihat pentadbiran baru dibeberapa negeri yang berjaya ditawan. Bagaimana strategi mereka dan mampukah mereka mencapai manifesto yang dijanjikan. Yang penting terbelakah Melayu di bumi Malaysia. Jangan sampai menggadaikan maruah kerana terpengaruh tanpa usul periksa.Anda nampak ke apa yang dilakukan oleh mereka. Melayu dan manusia suka sangat PHD. Perasaan hasad dengki, tapi teguran penting untuk mematangkan lagi personaliti kita. Amanah dengan tanggungjawab paling utama sebagai pemimpin. TEGAS, AMANAH, JUJUR dan bukan HIPOKRIT dan LEMAH. Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkorban untuk perbaiki nasib dan teladan dari Melayu sendiri. Bangunlah ORANG MELAYU!!!

Penulis kesal dengan sikap segelintir manusia yang terlalu taksub mengejar impian tanpa memikirkan kesusahan orang lain atau pun taksub dengan pemimpin yang tak pasti boleh membela nasib kerana dendam. Takut memakan diri dan anak-anak. Penulis gementar bila lihat keadaan Melayu semakin tertekan dengan cara hidup mereka. Hak semakin pudar, tak mampu nak tampung hidup. Harga beras naik mendadak, rakyat terpaksa bertukar pola pemakanan mereka. Faedah dari situ kesihatan rakyat memang dapat dikawal, kerana negara kita mewah dengan pelbagai makanan. Namun keseronokan hidup di bumi Malaysia adakah kekal.

 

h1

Untuk Perhatian Anda!

April 23, 2008

Poll: Adakah pucuk pimpinan Malaysia perlu diganti?

1) ya
2) tidak

View Results
Make your own poll

 

 

 

h1

Hati Rakyat Wadah Sebuah Perjuangan Negara

April 23, 2008

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke ‘Blog Hati Rakyat’. Kewujudan blog ini adalah sebagai platform bagi masyarakat Malaysia umumnya menyuarakan hasrat dan pandangan yang bernas untuk kebaikan bersama. Blog ini juga merupakan medium dan wadah perjuangan rakyat terhadap kecintaan terhadap negara. Selepas PRU-12, terdapat banyak kejadian dan ‘tsunami’ yang tidak dijangka. Hati rakyat dan hak rakyat perlu dipertahankan dan dilindungi. saya ingin menyeru rakan-rakan yang ingin berjuang. Berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara. Mengapa sekarang? Ini kerana kita berada dalam keadaan tidak menentu. Tak guna menunding jari sesama sendiri. Tapi kita perlu fikirkan bagaimana untuk pertahankan negara kita terutama sekali untuk keperluan dan kehendak rakyat. Oleh yang demikian,  jadikan blog ini sebagai medium untuk anda menyuarakan pendapat dengan tulus dan ikhlas.

Adakah anda rasa pucuk pimpinan kita perlu berubah atau bertindak SEGERA bagi memperbaiki situasi yang agak kritikal ini. Bagaimana dan apa yang perlu diubah? Change the management or the LEADER ?  Change the attitude that may improve the community and quality of life?

Mohon maaf! Saya perlukan rakan-rakan yang bersifat keterbukaan, tiada unsur berpihak mana-mana pun, cadangan yang bernas, ada wawasan dan lebih professional. Mohon maaf juga elakkan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sebagai manusia yang bermoral tinggi.