Terdetik dihati memikirkan artikel di laman rakan kita di http://pembelamelayu.com/ mengenai nasib orang Melayu.Mungkin anda pernah terbaca artikel bertajuk BERSATULAH KAUM CINA.
Nasib dan keistimewaan orang Melayu semakin menipis.Penulis bukan nak menyatakan kaum Cina itu tidak benar dan betul.Sedangkan Nabi Muhammad pun menyuruh kita hormat terhadap orang bukan Islam dan menjaga hak mereka.
Sebenarnya sikap Melayu yang semakin LAYU dan tidak sedar dari terlelap dan tertidur.Baru-baru ini isu BABI atau KHINZIR hangat diperkatakan.Haiwan ini sememangnya najis bagi orang Muslim, namun dengan teknologi canggih manggih dari Jerman, mungkin dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran air dan bau. Kalau nak tau kena cuba dulu.
‘Sejak kebelakangan ini, banyak harga barang naik secara mendadak. Kadang-kadang alasan yang diberikan oleh pihak pengeluar, peladang dan peternak seolah-olah tidak masuk akal langsung. Harga daging yang murah hanya daging lembu berkaki pendek yang perternakannya melebihi keperluan domestik.’
Pada hemah penulis, lebih baik bela lembu,kambing atau ayam. Haiwan ni pun bau busuk, tapi semua orang boleh makan dagingnya. Penduduk yang rata-rata kaum Melayu, perlukan KUALITI HIDUP yang sihat. Bukankah semua kaum boleh menikmatinya hidup aman sejahtera di bumi Malaysia ni. Sedarlah, Orang Melayu semakin terperangkap dengan jerat yang dicipta oleh sesetengah pihak. Fikir sendiri.Jangankan tanah rezab Melayu dijual, maruah anak bangsa sendiri pun tergadai.tak kira di mana negeri pun, tapi jika mudah sangat jual harta, lama-lama tergadai satu Malaya.
Nasib anak Melayu untuk mencari pekerjaan.Punyalah payah. Sektor swasta sekarang utamakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina suatu kelebihan. Macamana anak-anak Melayu nak bekerja jika bos-bos dan taiko-taiko lebih suka meletakkan satu benchmark..iaitu mampu berdialek bahasa CINA. Kalau nak dapat kerja di kerajaan pun susah, banyak sangat cerita, kena melalui SPA dan JPA baru boleh layak.Itu pun belum pasti kerana perlukan KRONI.
Pentadbiran Malaysia sekarang ini agak pening.Peralihan kuasa dan banyak kerja perlu diselesaikan. Yang paling utama kita nak lihat pentadbiran baru dibeberapa negeri yang berjaya ditawan. Bagaimana strategi mereka dan mampukah mereka mencapai manifesto yang dijanjikan. Yang penting terbelakah Melayu di bumi Malaysia. Jangan sampai menggadaikan maruah kerana terpengaruh tanpa usul periksa.Anda nampak ke apa yang dilakukan oleh mereka. Melayu dan manusia suka sangat PHD. Perasaan hasad dengki, tapi teguran penting untuk mematangkan lagi personaliti kita. Amanah dengan tanggungjawab paling utama sebagai pemimpin. TEGAS, AMANAH, JUJUR dan bukan HIPOKRIT dan LEMAH. Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkorban untuk perbaiki nasib dan teladan dari Melayu sendiri. Bangunlah ORANG MELAYU!!!
Penulis kesal dengan sikap segelintir manusia yang terlalu taksub mengejar impian tanpa memikirkan kesusahan orang lain atau pun taksub dengan pemimpin yang tak pasti boleh membela nasib kerana dendam. Takut memakan diri dan anak-anak. Penulis gementar bila lihat keadaan Melayu semakin tertekan dengan cara hidup mereka. Hak semakin pudar, tak mampu nak tampung hidup. Harga beras naik mendadak, rakyat terpaksa bertukar pola pemakanan mereka. Faedah dari situ kesihatan rakyat memang dapat dikawal, kerana negara kita mewah dengan pelbagai makanan. Namun keseronokan hidup di bumi Malaysia adakah kekal.


