Permatang Pauh telah memberi jawapan kepada kita semua bahawa Anwar masih layak untuk untuk menjadi pemimpin dan terus bergerak aktif dalam arena politik.Permatang Pauh telah membuktikan sebagai kubu kuat PKR. Banyak persoalan timbul, namun jawapan telah memang jelas rakyat kecewa dengan kepimpinan sekarang. Kalau nak buat reformasi seperti di Thailand, suruh PM lepaskan jawatan, kena tahanan ISA pula. Jadi inilah suara hati rakyat, bahawa mereka perlukan kepimpinan yang ada integriti. Rakyat sekarang sudah ‘change mindset’ apa juga yang berlaku tetap berlaku.
Yang penting, mereka mahukan pembaharuan, tadbir urus yang baik demi kesejahteraan hidup. Bukan UMNO tak uruskan negara dengan baik, tetapi ada sebahagian sudah muak dengan kredibiliti mereka. Ada orang Melayu bila dah senang, kedekut nak keluarkan duit, belanja makan berkira dan ‘SELFISH’. Ada Melayu tak sedar lagi, orang dah tak suka, pandai-pandai ler jaga hati.
Kita perlu lihat dari beberapa sudut, BAGAIMANA ANWAR BOLEH MENANG DI PERMATANG PAUH?
1) UMNO silap strategi lagi
2) UMNO masih tidak bersedia
3) Rakyat memang menyuarakan hasrat hati yang terbuku..’PAK LAK PLEASE STEP DOWN’
4) Rakyat perlukan pemimpin yang boleh dipercayai.
5) Rakyat semakin jelak dengan permainan politik UMNO yang semakin haru biru
6) Sikap pemimpin yang penting poket sendiri, poket keluarga sendiri dan politik wang
7) Rakyat memang mahukan Anwar gulingkan Pak Lah dan kroni
Rakyat sengaja nak bagi peluang Anwar menuntut bela
9) Rakyat tak puashati dengan isu minyak
10) Mungkin ada sesetengah pihak tak dapat kepentingan diri seperti PROJEK etc
11) Rakyat dah nampak orang UMNO semakin tamak
12) Barang mahal dan rakyat memang terasa ‘SAKIT’
Namun, kita sebagai rakyat perlu fikir..isu semasa seperti minyak yang semua politican dok tung tang sana sini adalah isu global. Kerajaan memang banyak bagi subsidi, namun sikap kita sendiri yang tidak pandai mengurus perbelanjaan. Tak kira badan korporat ke, rumah ‘kecil’ ke, mahligai ke perlu bijak mengatur strategi dan bersedia menghadapi sebarang risiko.
Apabila Anwar dah layak masuk Parlimen, kita perlu bersedia menerima RISIKO. Kerana itu pilihan anda sendiri. Ada bloggers kata..Orang Melayu seperti GALI KUBUR sendiri. Jika pilih Anwar.Anak dan cucu cicit kita juga tak pasti hala tujunya, jika AGAMA tidak diutamakan. Pemimpin lebih rela berhutang budi kerana kepentingan diri. Tapi bagaimana pula PAK LAH? Rakyat terpaksa telan racun sikit-sikit ke?Mungkin 50:50 dan rakyat keliru..AKU KELIRU, TAK TAHU MANA SATU YANG MAHU KUPILIH. Tak jumpa yang betul-betul layak.
Kita perlu lihat,kredibiliti Dato Sri Nik Aziz, Kelantan masih kekal berjaya dan bertahan dengan kekuatan dan dorongan ISLAM. Dari segi sudut kepimpinan seorang yang CLEAN dan ARIF, pasti rakyat tenang. Penulis bukan nak sokong atau kata semua ‘BENGONG’, tapi kasi buka sikit mata dan hati, siapa yang anda perlu PILIH.
Kita tidak boleh undurkankan masa untuk perbaiki keadaan, kita perlu bergerak ke hadapan dan bersedia hadapi risiko..hmm adakah negara bakal menjadi seperti Afghanistan? Bersediakah anda?IAtau seperti iraQ? Perang antara SERB dan BOSNIA? BERSEDIAKAH ANDA? Sanggupkah anda bawa senjata dan tak cukup makan? Hutang keliling pinggang..dan finally HIDUP SEGAN MATI TAK MAU, TERUS LEMAU.
WAKE UP PEOPLE!!Kita perlu bersatu..orang MELAYU jangan gadaikan maruah kerana kebendaan,pangkat dan poket sendiri. Harta tak boleh bawak ke mati.DOa dari cucu cicit tu yang mustahak. Agak-agaklah, mereka nak doakan kita ke jika mereka sibuk dan berhempas pulas pegang senjata atau gadai body.
Makan nasi pun tak pasti, pelajaran pun tidak menentu, kewangan pasti tak mampu, minta sedekah sana sini, tinggal bawah JAMBATAn atau MRR2, MMR3 (maklumlah Malaysia dah banyak laluan alternatif) Melayu masih tidak mampu beli kereta mahal (maklumlah cost maintenance tinggi tapi berkualiti dan tahan lama).Nilai-nilai murni pun semakin pudar..dok asyik mengutuk sana-sini. Bukan dok mengutuk mana-mana pihak tapi nak cuba pertahankan kebahagian yang ada dibumi MALAYSIA.
Tak lama lagi MERDEKA.Anda rasa merdeka tak dengan keadaan sekarang..semakin pudar rasanya erti kemerdekaan atau dengan kata lain, BERJAYA MERDEKAKAN KERAJAAN NEGERI YANG DITAKLUK. Bukan semua isihati sama ke? Rasa tak banyak perubahan..maklumlah masih hingusan.
Pemimpin UMNO please sedar diri, orang MELAYU dah tak percaya lagi dengan KAMU. Kalau sayangkan negara..CHANGE UR MANNERS,CHANGE UR MINDSET, CHANGE UR PERCEPTION, CHANGE UR BODY (bukan ubah muka ye) dan CHANGE UR PEOPLE.
Ramai lagi anak-anak muda berkebolehan, contoh seperti pelajar UITM, mereka berhak untuk bersuara, tak pasti pula siapa TAIKO.UITM memang benteng MELAYU, tapi benteng masih process belajar.
TAHNIAH KEPADA DSAI, harapan anda memang cerah..tapi langit tak semestinya cerah, TAHNIAH KEPADA PAK LAH, berjaya mengecewakan ramai pihak kerana anda, ramai yang bantai sokong PKR, TAHNIAH TOK NIK kerana berusaha membuka hati orang Melayu kepada agama., namun ada yang masih degil kerana iman tak cukup lagi.TAHNIAH MELAYU kerana sikap 50:50 lagi.
