Menteri Besar Selangor mencadangkan 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.
Menteri Besar Selangor itu berkata, ia akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera sebagai usaha untuk menggadaikan kepentingan Melayu dan agama Islam.
Penulis berpendapat UiTM merupakan pusat pengajian HARAPAN untuk anak-anak Melayu terutama berpendapatan rendah. Kolej swasta memang banyak, namum UiTM merupakan medium utama membantu kaum bumiputera untuk memperbaiki cara hidup dan meningkatkan skill.Berbanding dengan kaum lain yang mana telah dipupuk dari kecil dengan pelbagai skill kerana mereka tau, ini adalah Malaysia.
Penulis rasa tidak wajar 10% tersebut kerana banyak lagi universiti yang membuka peluang kepada kaum lain,malahan kolej-kolej swasta yang rata-rata dikuasai oleh kaum tersebut. Bukan kita fikir kerana mahu keadilan..tapi adilkah kamu dengan kaum kamu sendiri yang rasanya semakin luntur dan tertindas.Memang kaum Melayu ni kadang-kadang tak suka nak ambil peluang yang ada kerana malu, rendah diri dan ada yang sombong tidak mahu membantu. Tapi lumrah..bila susah dicari bila senang dilupakan.
Sebenarnya anak Melayu masa kini tidak perlu lagi bersaing dengan kaum lain kerana pemikiran anak Melayu kini lebih berfikiran terbuka. Mereka sekarang lebih terbuka kerana internet dan mengikuti isu-isu semasa . lagipun sekarang ni ramai anak Melayu berpelajaran dan hebat!! Rata-rata pelajar dari lulusan UiTm ni macam pisang goreng panas..nak tau kenapa? Kerana berkualiti dan pensyarah-pensyarahnya pun berkualiti. Namun universiti lain pun tak kurang juga.
Menteri Pengajian Tinggi,Mohd Khaled berkata, mengikut statistik tiga tahun lalu, 81 peratus graduan UiTM mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian manakala 19.1 peratus graduannya belum mendapat pekerjaan selepas sebulan menamatkan pengajian.Jadi, memang UiTM banyak membantu anak Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.
Khalid Ibrahim mungkin tersepit kerana kerajaan pakatan, maklumlah, DAP ada maka hati mereka perlulah dijaga. Semua bersuara mahukan hak masing-masing.Tapi beginilah nasib Melayu diperjudikan, kerana kuasa dan pangkat semua lupa. Lambat laun anak Melayu tinggal bawah jambatan atau MRR2. Paling baik dalam penjara..memang pun ramai.
Kerajaan Pakatan semakin tergugat dah…..
