
Pak Lah ambil masa 2 tahun serah jawatan pada Najib?
July 25, 2008Adakah peralihan kuasa wajar disegerakan oleh Pak Lah? Desas-desus menyatakan Pak Lah belum bersedia lagi dalam masa terdekat.Nak tunggu projek ‘KORIDOR’ siap ker? KORIDOR dah ada,BERANDA saja belum.Pak Lah perlukan masa lagi,yang pasti Jun 2010.Sekarang ni desas-desus ingin mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNo atau Tan Sri Muhyiddin.Mengikut pemerhatian, ramai yang berminat dengan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden.
Berdasarkan kepada SIASAH 20-26 Julai, Pak lah ibarat bekerja sendirian dan tidak berdaya membimbing Najib.Adakah Pak Lah tidak menjadi mentor yang baik kepada Najib.Perlukah menunggu 2 tahun lagi.Walhal Najib mendapat banyak pendedahan tentang pentadbiran negara.Begitu juga dengan yang lain. Jika Pak lah begitu hebat kepimpinannya, sudah tentu banyak perubahan yang positif dan dapat memuaskan hati rakyat secara amnya.
Masalah kenaikan harga petrol dan diesel memberi impak terhadap inflasi juga.Sekarang ni, penulis lihat penjawat awam pun mengikat perut sebab nak ‘SAVE BUDGET’.Sepatutnya hal begini telah dijangka, jadi mesti ada RISK RESPONSE PLAN, DISASTER RECOVERY PLAN,EMERGENCY RECOVERY PLAN DAN BACKUP PLAN. Sekurang-kurangnya, negara dan rakyat bersedia to survive dan ‘MACHO’ menghadapi kesukaran. Pemimpin kene SAVVY begitu juga rakyat.
Penulis dapat menjangkakan jika tiada perubahan terhadap pentadbiran maka ketidakpercayaan rakyat terhadap pemimpin semakin menebal.Kesan akan hebat lagi terhadap perkembangan ekonomi negara amnya.Lagipun, bukan orang lain pun yang akan tadbir negara, anak-anak didik jugalah.