Archive for July, 2008

h1

Pak Lah ambil masa 2 tahun serah jawatan pada Najib?

July 25, 2008

Adakah peralihan kuasa wajar disegerakan oleh Pak Lah? Desas-desus menyatakan Pak Lah belum bersedia lagi dalam masa terdekat.Nak tunggu projek ‘KORIDOR’ siap ker? KORIDOR dah ada,BERANDA saja belum.Pak Lah perlukan masa lagi,yang pasti Jun 2010.Sekarang ni desas-desus ingin mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNo atau Tan Sri Muhyiddin.Mengikut pemerhatian, ramai yang berminat dengan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden.

Berdasarkan kepada SIASAH 20-26 Julai, Pak lah ibarat bekerja sendirian dan tidak berdaya membimbing Najib.Adakah Pak Lah tidak menjadi mentor yang baik kepada Najib.Perlukah menunggu 2 tahun lagi.Walhal Najib mendapat banyak pendedahan tentang pentadbiran negara.Begitu juga dengan yang lain. Jika Pak lah begitu hebat kepimpinannya, sudah tentu banyak perubahan yang positif dan dapat memuaskan hati rakyat secara amnya.

Masalah kenaikan harga petrol dan diesel memberi impak terhadap inflasi juga.Sekarang ni, penulis lihat penjawat awam pun mengikat perut sebab nak ‘SAVE BUDGET’.Sepatutnya hal begini telah dijangka, jadi mesti ada RISK RESPONSE PLAN, DISASTER RECOVERY PLAN,EMERGENCY RECOVERY PLAN DAN BACKUP PLAN. Sekurang-kurangnya, negara dan rakyat bersedia to survive dan ‘MACHO’ menghadapi kesukaran. Pemimpin kene SAVVY begitu juga rakyat.

Penulis dapat menjangkakan jika tiada perubahan terhadap pentadbiran maka ketidakpercayaan rakyat terhadap pemimpin semakin menebal.Kesan akan hebat lagi terhadap perkembangan ekonomi negara amnya.Lagipun, bukan orang lain pun yang akan tadbir negara, anak-anak didik jugalah.

h1

Anwar Ibrahim dan Orang Melayu Malaysia

July 6, 2008

Kes Anwar memang tak sudah berhubung kes liwat.Dari penulis hingusan hingga dewasa,melihat kerenah orang politik atau kerenah orang Melayu.Dengar khabar Anwar minta perlindungan dari negara luar..pastinya memang ada.Lihat pada friendster http://profiles.friendster.com/43894812 Anwar dengan foto bersama Menteri Turki..based on http://www.drkhir.com/ mungkin ya dan mungkin tidak..Pada pendapat penulis,Anwar ibarat suara orang Melayu yang terasa ditindas di bumi Malaysia.Tepuk dada tanya selera..Pak Lah perlu bertindak sesuatu sekarang ni.Orang Melayu di Malaysia semakin tipis hati nak sokong BN..ntah relevan lagi ke tidak BN nih..Kes Bala tarik balik report polis berkenaan kes Najib dan labu labinya..nak caya pun payah..maklumlah..ramai sangat orang hipokrit.Tak tau mana yang betul..Hmm..tapi kesian dengan makcik pakcik akt kg,anak2 muda sekarang tak faham sangat dengan permainan politik sekarang nih.Anwar, kalau benar anda benar takkan nak melarikan diri dari bayang-bayang sendiri,minta perlindungan dari US terutamanya,jual maruah diri dan pertaruhkan negara..Malaysia dahlar banyak hutang,kalau Anwar dan orang Melayu masih tak sedar dan sanggup perjudikan maruah..Alamat..ramailah orang Malaysia ni merempat di bumi sendiri.