
MELAYU BEREBUT BELI PETROL!!4/6/2008
June 4, 2008Malam ni penulis lihat di stesyen minyak tak kira Petronas atau SHell dan sewaktu dengannya penuh dengan kereta dan lori.Almaklumlah pemimpin terulung di Malaysia mengumumkan subsidi dikurangkan dan berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter.
Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Penulis dok terfikir, sampai pukul berapa agaknya stesyen minyak kat rumah tu nak tutup memandangkan sepanjang hampir 1 km kereta beratur nak beli petrol.
Hmm..iniler manusia, bila dah nak naik harga minyak or makanan..berebut-rebut nak beli simpan stok.Suka buat last minit, tapi berita kenaikan minyak secara mendadak malam ni,mengejutkan ramai pihak.Gaji tak naik..nak pergi kerja kene bayar tol,minyak kereta lagi.Semakin terasa sesak nafas nih nak menjalani hidup di kota besar.Ada tak mereka yang bercadang pulang ke kampung.Idea bagus juga, sekurang-kurangnya tanah yang terbiar dikerjakan.
Hakikatnya..penduduk di kota semakin terhimpit dengan isu harga mahal tak kira barang.Memang ni isu semasa dan isu dunia kenaikan minyak.Tapi kita di Malaysia yang kaya dengan hasil bumi ini patut dinikmati oleh rakyat.Cuba tengok lori minyak siapa punya..orang Melayu ker?Harap-harap orang Melayu jangan fikir kekayaan untuk poket sendiri.Kamu duduk di atas tidak terasa kesempitan hidup.Orang Melayu yang dah kaya shopping di luar negara,berbelanja tak ingat dunia,membazir waktu dan makanan serta tidak muhasabah diri.Tapi memang tak semua yang begitu rupa..namun rakyat kini merintih kerana terasa kesempitan hidup di bumi sendiri.
Sememangnya negara kita tidak seperti Somalia dan Palestin, namun sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dengan nikmat yang ada.Tapi dek kerana kepentingan sendiri, rakyat yang merana. Fikirkanlah,jika kamu menyusahkan hidup orang..kamu takkan tenteram dan senang hati dek orang kutuk kamu.
Berbalik kepada pengusaha stesyen minyak..banyak ke untung kamu, atau bersandarkan kepada untung runcit air dan gula-gula.Akan datang mungkin rakyat jarang keluar rumah,naik basikal (bagus untung senaman), makan kentang dan ubi rebus,guna lilin untuk pencahayaan, gadai barang kemas dan perabut,semua pakai kereta kancil kerana jimat minyak dan bertukarlah kepada enjin NGV(dah sama standard dengan teksi)..Percayalah..hutang dengan bank yang berinterest tinggi cukup menyeksakan.Hutang courts mammoth atau Aeon lagi.Itulah nafsu manusia untuk mengejar impian dan kesenangan..tak pernah cukup dan puas.Sepatutnya ukur baju anda sendiri, kenallah diri anda..fikirkan ada orang yang lagi susah dari kita.
4 June 2008..no 4 nih orang Cina kata tak elok..memangler kebetulan berita petrol pula naik, memberi kesan mendalam dalam kehidupan kita.SEMUA AKAN NAIK!!!!!!!!