
Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam
May 8, 2008GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di sini, hari ini, membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah atau namanya asalnya, Tan Ean Huang untuk mengisytiharkan dirinya keluar Islam.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) supaya membatalkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah.
Othman membuat keputusan itu atas kapasiti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kerana beliau mendengar kes berkenaan sejak perbicaraan awal.
Bagaimanapun, beliau menolak permohonan plaintif supaya mahkamah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukarkan status agama pada kad pengenalannya kerana ia di luar bidang kuasa mahkamah.
Begitu mudah ye keluar masuk agama Islam.Jika benar mempertahankan agama dan bangsa, jangan permainkan hal agama Islam. Sebagai orang Melayu beragama Islam dan kaum-kaum lain yang beragama Islam, mana silapnya?Fikirkanlah?Beginikah bakal kerajaan persekutuan baru yang digembar-gemburkan untuk ditubuhkan, mempermainkan isu agama, jadi ramai juga orang Melayu yang beragama lain, bebas..
Salam…Sy terpanggil untuk berkongsi pandangan dari sudut pandangan hatirakyat..tidak dinafikan peristiwa ini akan menjadi titik besar didalam arus sejarah rakyat malaysia khususnya bangsa yang beragama islam…adalah mendukacitakan bila mendapat tahu perkara ini..saya melihat ini sebagai suatu ketentuan yang mana telah ditambah dengan naluri ingin keluar dari agama yang suci dan mulia ini…apa yang sy boleh simpulkan bahawa sy akan menjadi saksi diakhirat nanti bahawa Tan Ean Huang telah keluaq dari agama islam yang suci ini..maaf perkataan saudara islam terpaksa sy gugurkan dari saudari Tan Ean Huang..ketahuilah anda adalah termasuk dikalangan orang2 yang rugi…percayalah kepada sy…Demi ALLAH tuhan yg sy sembah percayalah jika hukum islam wujud dibumi malaysia ini saudari akan menerimanya dari sy…akan tetapi kerana tidak tertegakknya hukum yg suci ini maka sy cuma ingin memberi pesanan kepada saudar islam sy diluar biarlah hukum ini ditaqngguhkan diakhirat nanti..cukuplah kita semua menjadi saksi…yang buruk datangnya dari sy akan tetapi yang terbaik sesungguhnya datang dari ALLAH…
hmm
kita ini manusia bukan lembu, manusia tidak kira perempuan atau lelaki mempunyai akal fikiran dan boleh menentukan apa yg terbaik untuk diri sendiri samada keluar agama islam atau tidak.
Salam , Saya ingin tahu apakah wajib bagi saya untuk mengambil anak saya yang dijaga ayah nya yang sudah berkahwin dengan perempuan bukan islam . Dan kemungkinan ayahnya tidak lagi islam. Apakah harus saya buat sebab anak saya sudah berumur 14 tahun dan saya tidak menjaganya semasa bayi.Mungkin tuan boleh membantu saya. Terima Kasih..