Archive for May, 2008

h1

Melayu Semakin Hancur?Melayu TAK SEDAR DIRI!!

May 19, 2008

May 19, 2008

Tun Mahathir quits UMNO

Former Umno president Dr Mahathir Mohamad today announced that he was quitting Umno with immediate effect and urged other members to emulate him. Tun Mahathir said he was quitting the party, which he led for almost 22 years until handing over the reins to Abdullah Ahmad Badawi in 2003, as a sign of no confidence in his successor’s leadership.

ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced Monday at 12.35pm that he is quitting Umno.

He said this during a talk here on Monday.

He has been critical of his appointed successor Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, blaming the current Umno president for the party’s disappointing performance in the 12th general election.

The ruling Barisan Nasional coalition, of which Umno is the largest component party, won the March 8 election with a simple majority, and saw four more states join Kelantan under Opposition rule.

Dr Mahathir urged other party members to quit too, as a way of pressuring Abdullah into vacating his post.

However, he advised those who do quit not to join any opposition party.

Abdullah has so far refused all calls for him to step down, and said he would defend his presidency in the party polls in December.

Dr Mahathir joined Umno at its inception in 1946.

He became a Member of Parliament in 1964 when he won the Kota Setar Selatan seat.

He lost the seat in the following general election in 1969.

Following the May 13, 1969, riots Dr Mahathir was sacked from the Umno Supreme Council on July 12 because of the widespread distribution of his letter to first Prime Minister Tunku Abdul Rahman criticising Tunku’s manner of handling the country’s administration.

Dr Mahathir rejoined Umno on March 7, 1972 and was appointed Senator in 1973. He relinquished the senatorship post a year later to contest the Kubang Pasu seat in the general elections. He was returned unopposed and was appointed Minister of Education.

In 1975, Dr Mahathir became one of the three vice-presidents of Umno.

Tun Hussein Onn appointed Dr Mahathir Deputy Prime Minister on Sept 15, 1978.

Dr Mahathir was Prime Minister of Malaysia from July 16, 1981, until Oct 31, 2003.

Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said he was surprised at the decision, but added that it was Dr Mahathir’s right to do so.

“Every member has the right to join or leave the party,” he said.

Asked if Umno would convene an emergency meeting, the former Umno vice-president and Selangor Mentri Besar said that “we will wait and see.”

The next Umno Supreme Council meeting is scheduled to be held within the next two or three weeks

Apa nak jadi dengan Melayu sekarang yang semakin mengecut hati dan perasaan. Tun Dr. Mahathir semakin berusia dan semakin sensitif dengan isu masa kini, beliau menyedari bahawa semakin ramai manusia TAK SEDAR DIRI..SEMAKIN BERLAGAK..PEKAKKAN TELINGA..DAN PANDAI BODOH.Walau ramai tak suka beliau tetapi jasa dan perjuangan dia tidak luntur. Sebenarnya, Ramai orang tak suka beliau tapi tak sedar diri lagi.Memang kita patut mendengar nasihat yang lebih senior, kerana bersebab.Come on!!Wake UP!! Mana orang MELAYU yang betul-betul berjuang dan mahu kembalikan hak-hak orang Melayu. Penulis tak nak jadi zaman Jepun makan ubi keledek macam disuruh-suruh sekarang. Beras tak cukup ke BEB!!Mahal sangat sampai ramai orang kene ikat perut atau masak bubur setiap hari. Penulis pun terasa bahang sekarang ni.Bahkan ramai orang MISKIN DAN PAPA kat luar sana pun semakin tak merasa nasi. Come ON!! BEB!! Sekarang kita kene tanam ubi,keledek dan kentang di belakang rumah, nak shopping pun kene kontrol (bagi kaum perempuan). Sedar tak..ramai orang kaya sekarang nih yang berkilo-kilo duit buat bisnes di luar larikan diri tinggal di luar negara. Mengapa?kerana negara kita ni semakin tidak relevan.Jadi siapa lagi nak perjuangkan kehidupan orang Malaysia dan Melayu.Sedar tak..anak muda sekarang ni kurang peluang mendapat kerja di KERAJAAN kerana dek ramai lagi lambat nak PENCEN.Takkan nak kaut duit rasuah BEB!!Tak cukup-cukup lagi ker?Macamana anak-anak kita nak hidup..Even bagi banyak dana untuk buka bisnes..tetapi peluang tuh payah juga nak dapat.Buat paperwork itu ini, tapi guideline pun kurang…mengapa masih ramai lagi anak muda tak mampu lagi nak bisnes sendiri kerana takut..takut dan tak yakin dengan kepimpinan sekarang. Itu pun ramai yang masih tak SEDAR DIRI LAGI. Kalau rakyat dah membantah dan tak suka. Wake up BEB!!!Wake up!!
Betul ke Melayu boleh bersatu padu..tapi mana perginya bersatu padu kalau keadaan sekarang ni dah menunjukkan semakin berpecah dan tiada sokongan.
Dengar cerita masuk belajar ke universiti at least dapat RM1000.00 bagi anak orang miskin, tapi mana janji-janji manis..ini JANJI MELAYU atau MELAYU tak sedar diri lagi kerana dah semakin senang atau fikirkan nanti poket semakin menipis…COME ON!!!!
h1

Melayu bersatulah!

May 8, 2008

Melayu bersatulah! PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra   
Monday, 21 April 200

Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut marut.

DARI JELEBU 

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan  zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah  tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut maka kita dapat tahu dan faham benda itu. Kalau  bunyi t-e-l-o-r yang keluar maka kita dapat membayangkan benda itu. Tetapi M-e-l-a-y-u-b-e-r-s-s-t-u-l-a-h apa bendanya yang kita fahami dari bunyi ini. Kalau slogan ini satu konsep ianya wajib memiliki asas.  Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat di pegang dan dilihat. Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat gambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa – yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu bersatulah ini pasti bukan konsep. Melayu Bersatulah hanyalah satu ilusi, satu mimpi, satu khyalan, satu angan-angan dan satu karut yang terlalu marut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfeild dapat juga kita dihairan dan ditakjubkan. Slogan Melayu bersatulah ini tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak-lawak yang datang bersama-sama susuk-susuk yang sedang mengheboh-hebohkan  slogan ini.

Melayu bersatu bukan konsep kerana tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi marut kerana Melayu TIDAK PERNAH  bersatu. Melayu TIDAK bersatu. Dan Melayu TIDAK AKAN bersatu. Melayu Bersatu adalah satu cerita dongeng yang sengaja di jaja oleh United Malay National Organisations.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Memang betul pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Ini menjadi asas awal untuk mereka mengenal dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan.  Mencari makan ialah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk difahami?

Ekonomilah yang menjadikan asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi. Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana  gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung. Ini ekonomi.

George Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Ini perebutan punca ekonomi.

Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca dari ekonomi maka cuba tanya diri sendiri – kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya dari orang Melayu. Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau  bangunan di bandar dan di pekan di Malaysia ini majoritinya di miliki oleh orang Cina. Semua  kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’  tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi.

Semua parti-parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong. Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras ialah duit. Duit ialah ekonomi.

Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul. Yahwe, Buddha, Jesus, atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini. Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan untuk merebut peluang ekonomi. Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru bolehkah Melayu bersatu? Jawabnya tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walau pun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang menganut agama yang sama  tetapi  memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza.

United Malay National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasionalis Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi asas ekonomi parti politik ini.

(Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-bandan kerajaan i.e SEDC)

Parti Pas pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, Tok Peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka merasa selesa dengan Pas kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik  oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan Pas tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh Pas. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut Pas.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung di bawah PKR – mereka ini adalah  kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malay National Organisations, atau perniagaan besar mereka terpelecok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997. Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu mari kita melihat ke dalam United Malay National Organisation sendiri. Parti politik yang 1000% berahlikan manusia Melayu tidak pernah bersatu malah sesudah pilihan raya 2008 ini mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini  berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi.

Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional  yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok. Apabila Abdullah Badawi masuk  maka para komprador dan borjuis ini  sedang di ketepikan kerana Abdullah sedang membawa susuk-susuk baru untuk menggantikan mereka. Dalam bahasa pasar Abdullah Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.

Amat jelas perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malay National Organisations bergaduh. Lima negeri yang di heboh-heboh jatuh ke tangan  Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang. Ini tidak ada sangkut paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau Bersatulah Melayu.

Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air Sungai Perak tetap mengalir ke laut di Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan  terpaksa juga  membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS. Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Badawi lembik, ini hanyalah sebagai alasan di atas kehilangan punca-punca  ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka terus berkembang i.e untuk mereka terus mendapat kontrak.

Siapa pula Tengku Razaleigh?

Ku Li ini mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika dasar Ekonomi Baru di perkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk. Apabila Mahathir masuk kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak dari perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut-marut. Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang. Perebutan punca ekonomi ini sedang di kabur dan di propagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama. Saya anti-sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut.

h1

Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

May 8, 2008

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang di sini, hari ini, membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah atau namanya asalnya, Tan Ean Huang untuk mengisytiharkan dirinya keluar Islam.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) supaya membatalkan sijil pemelukan Islam Siti Fatimah.

Othman membuat keputusan itu atas kapasiti Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kerana beliau mendengar kes berkenaan sejak perbicaraan awal.

Bagaimanapun, beliau menolak permohonan plaintif supaya mahkamah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukarkan status agama pada kad pengenalannya kerana ia di luar bidang kuasa mahkamah.

h1

Majoriti ahli Umno masih yakin dengan parti

May 8, 2008

KUALA LUMPUR: Majoriti ahli Umno masih yakin dengan semangat dan perjuangan parti terbesar orang Melayu itu bagi mengharungi masa depan, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, walaupun menghadapi cabaran besar hari ini selepas kehilangan lima negeri pada pilihan raya umum lalu, ahli Umno melihat parti berusia 62 tahun itu sebagai masih relevan.

“Ramai yang masih yakin…(bahawa) masih ada harapan tinggi tetapi (pada masa yang sama) ramai berpendapat perlu satu tindakan segera tanpa berlengah diambil untuk membetulkan apa juga kelemahan dan kesalahan atau kesilapan yang menyebabkan kita ditolak sebahagian pengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sejauh mana keyakinan anggota parti pada masa sekarang.

 

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merasmikan Pameran Metaltech 2008 dan Seminar Kebangsaan Peluang dalam Industri Kejenteraan dan Peralatan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan juga parti komponen lain sudah memulakan langkah untuk melihat kelemahan sama ada dari segi kepemimpinan, pengurusan parti, dasar atau apa yang dilakukan selama ini yang menyebabkan rakyat tidak puas hati. – Bernama