
Terbelakah nasib Melayu dibumi Malaysia?
April 24, 2008Terdetik dihati memikirkan artikel di laman rakan kita di http://pembelamelayu.com/ mengenai nasib orang Melayu.Mungkin anda pernah terbaca artikel bertajuk BERSATULAH KAUM CINA.
Nasib dan keistimewaan orang Melayu semakin menipis.Penulis bukan nak menyatakan kaum Cina itu tidak benar dan betul.Sedangkan Nabi Muhammad pun menyuruh kita hormat terhadap orang bukan Islam dan menjaga hak mereka.
Sebenarnya sikap Melayu yang semakin LAYU dan tidak sedar dari terlelap dan tertidur.Baru-baru ini isu BABI atau KHINZIR hangat diperkatakan.Haiwan ini sememangnya najis bagi orang Muslim, namun dengan teknologi canggih manggih dari Jerman, mungkin dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran air dan bau. Kalau nak tau kena cuba dulu.
‘Sejak kebelakangan ini, banyak harga barang naik secara mendadak. Kadang-kadang alasan yang diberikan oleh pihak pengeluar, peladang dan peternak seolah-olah tidak masuk akal langsung. Harga daging yang murah hanya daging lembu berkaki pendek yang perternakannya melebihi keperluan domestik.’
Pada hemah penulis, lebih baik bela lembu,kambing atau ayam. Haiwan ni pun bau busuk, tapi semua orang boleh makan dagingnya. Penduduk yang rata-rata kaum Melayu, perlukan KUALITI HIDUP yang sihat. Bukankah semua kaum boleh menikmatinya hidup aman sejahtera di bumi Malaysia ni. Sedarlah, Orang Melayu semakin terperangkap dengan jerat yang dicipta oleh sesetengah pihak. Fikir sendiri.Jangankan tanah rezab Melayu dijual, maruah anak bangsa sendiri pun tergadai.tak kira di mana negeri pun, tapi jika mudah sangat jual harta, lama-lama tergadai satu Malaya.
Nasib anak Melayu untuk mencari pekerjaan.Punyalah payah. Sektor swasta sekarang utamakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina suatu kelebihan. Macamana anak-anak Melayu nak bekerja jika bos-bos dan taiko-taiko lebih suka meletakkan satu benchmark..iaitu mampu berdialek bahasa CINA. Kalau nak dapat kerja di kerajaan pun susah, banyak sangat cerita, kena melalui SPA dan JPA baru boleh layak.Itu pun belum pasti kerana perlukan KRONI.
Pentadbiran Malaysia sekarang ini agak pening.Peralihan kuasa dan banyak kerja perlu diselesaikan. Yang paling utama kita nak lihat pentadbiran baru dibeberapa negeri yang berjaya ditawan. Bagaimana strategi mereka dan mampukah mereka mencapai manifesto yang dijanjikan. Yang penting terbelakah Melayu di bumi Malaysia. Jangan sampai menggadaikan maruah kerana terpengaruh tanpa usul periksa.Anda nampak ke apa yang dilakukan oleh mereka. Melayu dan manusia suka sangat PHD. Perasaan hasad dengki, tapi teguran penting untuk mematangkan lagi personaliti kita. Amanah dengan tanggungjawab paling utama sebagai pemimpin. TEGAS, AMANAH, JUJUR dan bukan HIPOKRIT dan LEMAH. Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkorban untuk perbaiki nasib dan teladan dari Melayu sendiri. Bangunlah ORANG MELAYU!!!
Penulis kesal dengan sikap segelintir manusia yang terlalu taksub mengejar impian tanpa memikirkan kesusahan orang lain atau pun taksub dengan pemimpin yang tak pasti boleh membela nasib kerana dendam. Takut memakan diri dan anak-anak. Penulis gementar bila lihat keadaan Melayu semakin tertekan dengan cara hidup mereka. Hak semakin pudar, tak mampu nak tampung hidup. Harga beras naik mendadak, rakyat terpaksa bertukar pola pemakanan mereka. Faedah dari situ kesihatan rakyat memang dapat dikawal, kerana negara kita mewah dengan pelbagai makanan. Namun keseronokan hidup di bumi Malaysia adakah kekal.
Pertama sekali terima kasih pada saudara yg sudi menjemput saya ke laman blog ini. Telah menjadi trend masa kini mungkin selamanya ramai rakyat jelata akan berblog di alam cyber. Teruskan usaha sama ada positif atau negatif terpulang kepada pembaca.Saya terpanggil untuk memberi komen pada pandangan saudara.
BPR dan RASUAH.
Fact mahkamah masa perbicaraan V.K Lingam. Seorang saksi memberi keterangan bahawa BPR cuba meyogok sejumalah amaun kepada saksi tersebut. Nah ini fakta mahkamah.
Jika kerajaan betul2 telus. Bubarkan terus BPR. Mulakan dari petak pertama atau ground zero. Kalau namanya masih lagi BPR rakyat masih phobia pada nama itu. Ini balik2 kes Rm 50, RM 500, RM 5000. Tu ha laporan Audit negara thn lepas nak buat hape? Berlambak2 isu salahguna kewangan.Pegi siasat beli. Oleh jalan pemulihannya adalah satu rombak organisasinya jangan sekadar undang2 sahaja, itu tak mencukupi.Kes yang berprofail tinggi jangan sekadar letak bawah tilam sahaja jalankan pendakwaan segera.
KHINZIR@BABI
Isu ini menyentuh sensiviti semua kaum atau senang cerita islam dan bukan islam. Apa apa pun jangan cepat melatah. Ada jalan penyelesaiannya.Pakatan Rakyat baru sahaja berkuasa berbanding yang lagi satu tu 50 tahun. Banyak lagi keputusan yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat berkuasa.
INSTITUSI BERAJA
Kita kena ingat MALAYSIA=RAJA BERPELEMBAGAAN….ingat tu. Jadi dalam kes Idris Jusoh mananya pendakwaan terhadap penghinaan pada Sultan Terengganu? Mahkamah mana? Siapa orangya?. Kalau isu B14 cepat jer ambil tindakan.Suma Tarak.
SPR.
Mana individu2 yang ditahan kerana kes membeli dakwat cap jari secara haram sebelum pilihanraya. Mana orangnya? Mahkamah mana? Apa keputusannya? Suma Tarak.
At the end rhetoric kosong!! Hampeh….
aku sependapat dengan along
aku sendiri pun binggung bila baca blog ni